Wednesday, May 1, 2013

Petua Cara Untuk Mudah Hamil/Mengandung

Bagi ibu yang inginkan hamil/mengandung boleh mencuba petua ini. Petua ini boleh dicuba dirumah sahaja. tak mahal, murah jer..bahan die guna kacang hijau jer..

Begini petuanya :
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Bagi wanita yang ingin hamil/mengandung cubalah petua ini dan berdoa supaya keinginan untuk hamil itu berjaya

Panduan Cara Mudah Dan Cepat Mengandung Dari Segi Pemakanan



Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Tetapi ada faktor-faktor yang menyukarkan proses kehamilan/mengandung. Antara faktor yang melambatkan kehamilan/mengandung adalah

·         masalah ovulasi
·         masalah haid tidak normal atau tidak teratur
·         saluran folopio mungkin tersumbat
·         Rahim bermasalah
·         Penyakit kelamin
·         Masalah hormon
·         umur
·         Tekanan
·         Pemakanan seharian
·         Aktiviti sukan berlebihan
·         Berat badan berlebihan
·         Tabiat merokok
·         Ketagihan alkohol

Panduan dan tips cepat hamil/mengandung (dari segi pemakanan)

1-kurangkan pengambilan kafein- kurangkan minum kopi kerana kafein menyempitkan dan memperlahankan peredaran darah ke uterus. Ini perpontensi menyukarkan ovum melekat di dinding rahim.

2-banyakkan makan buah dan sayuran-Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi. Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda.

3-Banyakkan Makan Ikan-Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang terbaik. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.

4-Banyakkan Zat Besi-Banyakkan makan daging merah atau sayuran yang kaya dengan zat besi yang boleh membekalkan darah seperti bayam. Untuk yang terbaik, dapatkan nasihat kesihatan dari doktor peribadi anda dan jalani ujian darah untuk anemia. Pastikan tubuh anda sihat dan cergas sebelum anda bersedia untuk hamil.