Wednesday, May 1, 2013

Petua Cara Untuk Mudah Hamil/Mengandung

Bagi ibu yang inginkan hamil/mengandung boleh mencuba petua ini. Petua ini boleh dicuba dirumah sahaja. tak mahal, murah jer..bahan die guna kacang hijau jer..

Begini petuanya :
  1. Ambil segenggam kacang hijau.
  2. Rendam kacang hijau itu selama 2 hari (sampai tumbuh ekor anak tauge kira-kira panjang ekor itu menjadi 2 kali panjangnye kepala tauge). Air rendaman tu hendaklah sama aras dengan kacang hijau (bagi kacang tu tenggelam dalam air).
  3. Tutup bekas tu (kalau nak mudah, rendam guna periuk)
  4. Bila dah jadi anak tauge, cuci dan buang kulit hijau yang ada (kulit kacang hijau)
  5. Rebus tauge itu dengan 2 gelas air kira-kira dalam 15 minit dengan api sederhana.
  6. Apabila air rebusan itu dah tinggal jadi separuh. Tapis & ambil air rebusan yang tinggal (kira-kira dalam segelas).
  7. Minum air rebusan itu tiap-tiap pagi bermula dari 1st period sampai waktu subur.
Bagi wanita yang ingin hamil/mengandung cubalah petua ini dan berdoa supaya keinginan untuk hamil itu berjaya