Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Tetapi ada faktor-faktor yang menyukarkan proses kehamilan/mengandung. Antara faktor yang melambatkan kehamilan/mengandung adalah
·
masalah ovulasi
·
masalah haid tidak normal atau tidak teratur
·
saluran folopio mungkin tersumbat
·
Rahim bermasalah
·
Penyakit kelamin
·
Masalah hormon
·
umur
·
Tekanan
·
Pemakanan seharian
·
Aktiviti sukan berlebihan
·
Berat badan berlebihan
·
Tabiat merokok
·
Ketagihan alkohol
Panduan dan tips cepat hamil/mengandung (dari segi
pemakanan)
1-kurangkan
pengambilan kafein- kurangkan minum kopi kerana kafein menyempitkan dan
memperlahankan peredaran darah ke uterus. Ini perpontensi menyukarkan ovum
melekat di dinding rahim.
2-banyakkan makan
buah dan sayuran-Dapatkan sayuran dan buah-buahan yang
terdiri daripada pelbagai warna seperti beri biru, capsicum dan strawberi.
Semakin banyak campuran warna asli dari buah-buahan dan sayuran yang anda
ambil, semakin banyak nutrient yang anda dapat. Lebihkan pengambilan sayuran
dan buah-buahan dalam diet harian anda.
3-Banyakkan Makan Ikan-Badan anda memerlukan lemak asid omega-3 untuk
membantu menyuburkan sistem peranakan dan ikan ialah salah satu sumber yang
terbaik. Wanita yang ingin hamil bolehlah makan ikan keli, udang, tuna, salmon.



